
Website Designer Mahal?
GET QUOTATION GET QUOTATION MENU Blog Website Designer Mahal? Website Designer
Takde siapa suka mahal, semua orang kalo boleh nak dapat harga paling murah, kalo free lagi bagus. Tapi betul ke nak upah website designer sampai rm2000, ada yang sampai RM 12000? Mahalnya!
Ok, di sini saya akan detailkan sebenarnya berapa kos nak buat website, tapi sebelum tu, korang semua kena tahu dulu apa benda yang kena ada sebelum nak buat website.
Nak buat website kena ada 3 benda ini dulu.
Ini tambahan, jika ada lebih baik supaya website traffic kita bagus.
4. Digital Online Marketing Platform
Baiklah, sekarang kita go through one by one bermula dengan domain. Domain adalah nama website yang anda nak letak, contohnya e-masjid.com, benamicistudio.com, resumetrendy.com, bidarabaroqah.com.my dan lain-lain. Anda boleh pilih nak letak .com, .com.my, .net, .co, .org dan banyak lagi. Kebiasaannya orang akan guna .com sebab lebih commercial dan global. .com.my atau .my melambangkan website itu dari Malaysia, .net melambangkan website networking atau teknologi. .org pula adalah untuk organization. Harga setiap domain pula bermula serendah rm40-rm80 bergantung di mana anda beli domain ini. Anda boleh beli di namecheap.com, godaddy, exabytes dan banyak lagi.
Selepas membeli domain, anda perlukan hosting untuk run website anda. Hosting ini merupakan server atau CPU yang akan power up website anda. Di sinilah tersimpannya data-data, coding dan segala maklumat website anda. Hosting ada pelbagai pilihan dari murah hinggalah sangat mahal. Harga berbeza dari segi kelajuan hosting, Size storage, backup system, Ram, dan lain-lain. Semua ini penting untuk pastikan website anda laju, database tersimpan dengan selamat, website tak down atau mati tiba-tiba, dan website anda selamat daripada di godam. Saya bahagikan ikut harga di bawah supaya anda senang nampak perbezaannya. Harga yang saya letak ini adalah average ye sebab setiap hosting provider harga berbeza-beza.
Shared web hosting
Cloud web hosting
Dedicated web server
Setelah selesai memilih hosting, barulah anda pergi ke fasa membina website. Untuk membina website anda perlukan CMS atau nama panjangnya content management system. Antara CMS yang popular digunakan oleh web designer adalah wordpress, joomla, wix, shopify, opencart dan lain-lain. Setiap CMS berbeza dari segi design, functionality dan kelebihan. Jika anda nak buat website landing page sahaja, wordpress & wix adalah pilihan yang tepat. Jika nak buat e-commerce website, opencart, shopify dan Joomla adalah pilihan yang tepat. Di sini memerlukan sedikit kemahiran teknikal dari segi coding dan programming. Tak banyak, sikit je sebab coding semua dah siap. Cuma nak Integrate dari hosting provider & setup the first step on CMS a bit tricky. Anda boleh search di YouTube & google, ramai blogger-blogger dan YouTuber yang ajar from A-Z nak setup semua ni.
CMS juga ada yang percuma dan ada yang berbayar. Sebagai contohnya wordpress adalah percuma, tetapi ia juga ada menjual template website yang lebih cantik & professional bermula serendah $49 USD hingga $99 USD, iaitu lebih kurang antara rm200-rm400 ringgit.
Mari kita tambahkan jumlah harga semuanya.
Domain + hosting + CMS = Total
Sekiranya anda menggunakan shared web hosting:
Rm40 + rm200 + rm0 = rm240
Sekiranya anda menggunakan cloud web hosting & premium version CMS
Rm40 + rm2000 + rm400 = rm2440
Jadi anggaran kasarnya untuk menyiapkan sebuah website yang murah adalah serendah rm240. Untuk yang premium kualiti bermula serendah rm2440. Perlu tahu juga ini hanyalah basic system, ada beberapa perkara yang perlu ada pada sebuah website seperti SSL Certicficate, Whois Privacy, Cloudflare, Sucuri Security, CSS Optimization, cache, image optimization, SEO, remarketing tag, Google web Master, Google local business, Google analytic, Facebook pixel, e-mail marketing dan lain-lain. Semua ini adalah sistem tambahan yang sangat penting untuk menjadikan website anda benar2 bagus dari segi teknikal dan mempunyai traffic yang bagus. Sudah tentulah harganya pun bertambah.
Sistem2 inilah yang tidak semua orang mampu buat. Sebab itulah perlunya khidmat web designer/developer yang mahir untuk membina website yang benar2 bagus dari segi design, teknikal dan dapat menarik pengunjung untuk melayari website anda.
Adakah anda berpuas hati dengan penerangan saya tadi? Atau ada lagi kemusykilan dan pertanyaan?
Sekiranya anda benar2 mahukan konsultasi berkenaan website atau mempunyai sebarang pertanyaan, tekan button WhatsApp sekarang untuk terus menghubungi saya. Saya bersedia membantu anda.
Selain itu sekiranya anda mahukan pakej website yang profesional & affordable , saya menawarkan pakej bermula serendah RM1500. Jangan terkejut dengan harga yang murah ini anda akan dapat website yang lengkap dengan sistem yang saya nyatakan di atas.
More to explorer
GET QUOTATION GET QUOTATION MENU Blog Website Designer Mahal? Website Designer
available from 10:00 – 19:00
Address 56000 Kuala Lumpur, Malaysia
Email benamicistudio@gmail.com